ASSALAMUALAIKUM......
Aku tgh penat buat kerja.....
Berjalan2 mmbaca blog2 yg bertebaran di alam maya....
Tertatap satu blog yg sudah begitu lama tidak di update....
Hampir 5 tahun yg lepas last blog tersebut diupdate.....
Kenapa????
Sibukkah dia,????
Atau dia x mau aktif berblog lagi???
Mana semua lukisan2 dia.....????
Jawapannya.....kerana dia telah tiada di dunia ni.....
Dia mmg sibuk....sibuk menghadapi soalan2 malaikat, sibuk dengan kehidupannya di alam sana....
Dia mmg x mau aktif berblog lagi.....kerana tiada lagi pena dan kertas utk dia gunakan disana, tiada lagi komputer, android, telefon, internet....untuk dia terus berhubung kita yg masih hidup....dan menceritakan kisah dia di sana..
Mmg tidak akan ada lagi lukisan baru dari dia......dan aku hanya mampu mnatap karya lamanya...
ra ya nun dal wau......R.I.N.D.U.....
Ya sungguh....aku rindu kan dia....
Kami cuma teman di alam maya....hampir 6 tahun..
Kami kenal, kami berborak, kami bergurau....dan kami mempunyai hobi yang sama...bakat yg sama...
Dan secara tidak langsung aku menjadi anak didiknya.....
Dia mengajar aku ilmu melukis....dia mngajar aku segala yg aku x tau...dia mngajar penuh sabar....
Memberi kata dorongan dan semangat disaat aku tersilap dalam berkarya...
Dia mengajar aku apa itu pengalaman hidup.....
Dan aku menghormati dia seperti aku hormatkan ayah aku...
Awal tahun 2015....dia pergi.....tanpa aku tahu dia telah tiada....
Setiap karya baru aku, aku tag kan namanya...tp aku hampa, kerana tiada lagi komen, tiada lagi like....seperti kebiasaannya....persoalan bertubi2 dalam minda??? knapa dia x komen???dia x nak kawan ngan aku lg ka??? dia dah x da fb ka???
Rupanya kematian mnjadi penghalang utk dia lakukan semua tu....
Dan aku terlewat tahu tentang itu.....kerana itu airmata tumpah seakan tsunami melanda acheh, seakan tsunami melanda Jepun....
Kini, aku hanya mmpu menatap lukisan2 yang ditinggalkan....
Aku hanya mmpu membaca komen2nya yang lalu....
Aku hanya mampu menyingkap perbualan lama kami di dada alam maya....
Aku hanya mmpu mengenangnya dalam doa aku...
Dan dia akan terus ada disana....sehingga sampai masa aku menyusulnya kelak...
AHMAD HILAL BIN ZAINUDDIN.....
yang aku kenal sebagai Cikgu Mas....
Semoga cikgu tenang disana.....berehat lah dalam dakapan Tuhan....
Wani akan terus titipkan bacaan ayat suci, dan doa....buat peneman cikgu disana....
Kerana hanya itu yang mampu menghubungkan kita, bukan lagi fb, bukan lg we chat, bukan lagi whatssapp....
Assalamualaikum cikgu...insyaAllah satu hari wani akan menyusul...
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment