Wednesday, January 4, 2012

Memberi maaf itu membawa ke syurga....

Assalamualaikum.....

pernah dengar satu nasihat, memberi maaf membawa ke syurga.....??
Ya, aku setuju dengan penyataan tu....
Bila kita maafkan org secara automatik, satu beban yg dipikul selama ni dah lapang sikit....
Aku sedang berusaha, mencari kekuatan dan keredhaan utk memaafkan semua orang yg pnah mnyakiti aku.....
ada setengahnya aku sudah berjaya, membuang segala perasaan marah, dendam dan sakit hati aku terhadap individu2 berkenaan....
Dan aku bersyukur kerana aku berjaya....

Namun. aku masih insan yg x cukup kuat.....
masih ada insan yg x mampu aku lupakan segala perbuatannya.....
berapa kali pun aku cuba masih x berjaya.....
betapa sukar aku melawan perasaan dendam tu, tapi tiap kali tu jugak aku tewas......(syaitan pun seronok bertepuk tangan...)
Mungkin Allah ciptakan hati aku terlalu lembut, tercalar ckit sakitnya tersangat perit....
Apatah lagi bila hati tu ditembak (gedababommmmm) ...
mungkin ambik masa lama nak repair balik.....

Kepada 2 org insan "bertuah" tu.....
x pnah ada insan yg pnah sakitkan aku mcm yg korang buat....
sbb tu utk anda berdua, pintu maaf tu terlalu sukar utk aku buka.......
walau berulang kali aku cuba......
Semoga Allah bantu aku, mencari redha utk memaafkan korang seikhlas-ikhlasnya.....
aku bukan Nabi Muhammad, yg mmpunyai hati sejernih kristal, sekilau berlian.....
namun aku akan cuba sedaya upaya......
mengambil contoh yang baik daripada ajaran kekasih Allah tu......

Hope, hari itu akan tiba jugak.....



“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]


No comments:

Post a Comment