Friday, January 27, 2012

Berakhirlah sudah dunia belajar.....

Assalamualaikum.....

lama x menjengah ke blog ni bukan apa sebelum ni sibuk ngan blajar....
sekarang alhamdulillah dah habis dah buat LLB.....


sebenarnya agak sedih bila terpaksa tinggalkan bumi shah alam dan balik ke kampung halaman negeri Kedah tercinta....
Iyalah, hampir 4 tahun menuntut ilmu di Shah Alam mesti la akan terasa bila nak tinggalkan tmpat tu......

bila dah habis alam belajar ni menjengah la pulak alam bekerja.....
baru2 ni dapat penguasa Kastam....
tapi baru suruh p jawab exam dulu la....blum tentu lg dapat ke x...
rasa takut plak nak p, ya la sbb soklannya boleh tahan la jugak susahnya....
siap ada kira2 lagi...yg tu la paling aku x suka.....
tapi x pa la aku akan cuba ja la....dapat x dapat tu blakang kira yang penting cuba dulu kan....

so, sekarang dok kat umahla bela lemak...hihihihi
tapi sambil2 la mncari firm untuk buat chambering.....
insyaAllah kalau ada rezki dapat la....

k la dah penat la...
nak tidoq.....

assalamualaikum...

Wednesday, January 4, 2012

Allah mendengar hati kita menangis.....


Tuhanku..
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Tuhanku..
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku..
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku..
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku..
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..



Sumber: akuislam.com

ALLAH TIDAK PERNAH JEMU....


Berdoalah
kerana Allah tak akan menolakmu
Berdoalah 
kerana Allah tak pernah jemu mendengarkan keluh kesahmu
Berdoalah
kerana Allahlah yang akan mengabulkan permintaanmu
Berdoalah
kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu
Berdoalah
kerana Allah merindukan rintihan syahdumu
berdoalah panjanglah…


kerana sesungguhnya kamu sedang meminta pada Tuhan-mu dan Dia tak pernah jemu meskipun kamu mengulangi cerita dan permintaan yang sama setiap hari.. 

sumber : bright-fireflies