Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum......

Ya sedar x sedar, 3 jam lagi akan berakhir tahun 2011 dan akan muncul tahun 2012.....
Pantasnya masa berlalu......
Hari berganti hari....
Tahun berganti tahun......
Alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah ni....

Tahun 2011, banyak mengukir peristiwa suka, duka, gembira, derita, bahagia, pahit....dalam hidup aku.....
Yang mana bahagia akan dijadikan kenangan n yang mana pahit biarlah menjadi sejarah......
Tahun 2011 ni jugakla, aku berjaya menjadi  LLB student (seperti yg diharapkan oleh my mom n dad)
Azabnya....hanya Allah ja la yg tahu kan.....
Tapi x pa la sikit ja lagi ia akan berakhir dan aku akan memulakan hidup mnjadi seorang yg dewasa dgn bekerja n mnjadi chambering student plak hahahha...... (pasni x kja ngan MAS (Mak Abah Sara) dah kot hihihi)
Sedihnya juga nak meninggalkan tahun 2011 ni.....
sbb ini bermakna aku akan tinggalkan Shah Alam....
tinggalkan alam belajar....
tinggalkan kawan2......
n tinggalkan kehidupan berdikari diperantaun sebagai pelajar.....

Terlalu banyak pengalaman yg aku tempuh pada tahun ni.....
Pengalaman yg banyak mendewasakan aku......
menjadikan aku lebih tabah, n lebih kuat........
n yang paling penting aku dapat anak sedara baru tahun 2011 ni.....Nur Fanny Aziza (12/12/11).

Serius kot aku rasa sedey.....(sambil menaip tetiba keluar air mata) 
(tetiba ja jadi jiwang sangatkan hari ni.....huhuhuhu)

Semoga tahun 2012 yang akan hadir kejap lagi ni adalah lebih baik.....
Akan mnjadikan aku lagi baik, amal ibadah aku jugak makin elok, n aku mnjadi manusia yg berjaya....
InsyaAllah.....

Azam aku untuk tahun 2012 ni, aku nak mati dalam husnul khatimah......
itu maknanya aku kna berusaha untuk mnjadi Muslim yg terbaik.....
Wanita yg solehah (insyaALLAH)....
Anak yg lebih sabar....supaya x derhaka aku pd mak n abah....
n perbanyakkan amal baik n cuba sedaya upaya mnjauhi kejahatan......

Untuk duniawi plak.....
Azam aku ialah, aku nak cari duit......
jadi chambering student yg baik.....(n sabar.....kononnyalah kan???)
n mcm2 lagila...(sebenaqnya x tau nak tulis apa....)


em ok la.....
finala exam pun dah dekat...
5/1/2012
so aku nak p sambung baca evidence....

Akhir kalam, 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012....
(prap...prap.....kebom...kebom.....(bunyi bunga api....)



assalamualaikum......







Friday, December 30, 2011

Sepi mngajar kita berfikir......

Pernah tak kita terfikir,
Kadang2 akan ada saat2 yg kita rasa kita sepi dan sunyi....
Dan pada masa tu, ia akan membuat kita berfikir...
Sesuatu yg x pnah terlintas masa kita bersama teman2...

Pernah tak kita perasan...
bila kita berada dalam situasi sepi....
Kita menyendiri.....
kita akan merenung masa silam, masa depan yg kita sendiri x tau apa yg akn jadi....

Pernah x perasan.....
bila kita dalam keadaan sepi dan sunyi....
Itu lebih memudahkan kita untuk muhasabah diri.....
Merenung perilaku kita yg lepas2.....
Berusaha untuk merunah segala kekurangan.....

Akhir sekali, pernah x terasa....
Masa kita sepi n sunyi....
Sebenarnya kita bukan keseorangan.....
Allah sengaja bagi kita rasa perasaan tu....
Supaya ada peluang untuk kita mengingat Allah....
Mendekati DIA.....
Agar kita x alpa.....
Mengejar dunia yang sementara....
Sedangkan ada KUASA BESAR yang menanti disana....

Ya, perasaan sunyi dan sepi itu sebenarnya anugerah yg diberikan.....supaya kita mampu berfikir, sesuatu yg x dapat kita fikir ketika kita berada dalam keadaan riang gembira.....
           



p/s: aku bukannya sasterawan negara,
aku hanya manusia biasa,
menulis sekadar untuk meluah,
rasa jiwa.....

yang benar,
Noor fazwani....
(8.59 mlm) 30/12/2011

Sunday, December 18, 2011

Ketahuilah....Inilah Wanita.....



Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…

Friday, December 2, 2011

Subhanallah ...lelaki umur 97 tahun tulis Al-Quran atas 8 biji telur....cantik plak tu tulisannya...

Assalamualaikum.....

tadi tgh blogwalking, tetiba jumpa satu artikel from oh islam (klik sini)

Subhanallah!!!!! aku kagum melihat kehalusan penulisan lelaki ni ....

dia tulis ayat Al-Quran atas telur, walaupun kecil tapi still boleh dibaca n kemas sungguh susunannya....

di bawah ni aku sertakan sekali gambar2 tulisannya....

Al-Quran di Telur

Al-Quran di Telur

Al-Quran di Telur

Al-Quran di Telur

Al-Quran di Telur

Al-Quran di Telur
(ni surah Yaasin...aku still dapat baca apa yg ditulis....mmg cantik)

Al-Quran di Telur

Al-Quran di Telur
(cuba tengok....kemaskan???)

Al-Quran di Telur

Subhanallah.....ni lah namanya kuasa Allah...
kalau Dia nak beri bakat pada seseorang, yg kita anggap mustahil pun boleh jadi....
ni baru sikit kelebihan lelaki ni aku dah rasa kagum....

cuba tgk sekeliling, tgk pada tangan kita, tgk pada rupa kita....
itu kerja seni Allah lagi mengagumkan kan???