Thursday, September 15, 2011

Jagalah peribadi mu wahai Muslimah.....


wahai muslimah,
apabila teruna memandang engkau,
engkau tunduk menahan panahan syaitan,

apabila teruna mendekati engkau selangkah,
engkau berundur seribu langkah,

apabila teruna memujuk rayu.....
anggaplah itu kalimah iblis syaitan...

apabila teruna menutur harapan indah....
kau yakin janji Allah lebih bahagia di sana......


kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati...
yang diselaputi imah yg hakiki ,
yg tidak murah harganya.....


aku sedang menanti dia.....

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..


credit to:mohd mahathir sugua

Tuesday, September 13, 2011

Dia sentiasa ada untuk kita...........dekatilah Dia...

Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!

Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.

Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!


Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).

Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)


credit untuk: i love islam.com



Jawapan Paling Mantap Bila Ditanya "Bila ang nak kawin ni??????????

Assalamualaikum ....
sebagai pembuka bicara.....
setelah lama tidak bersua.......
diblog yang mnjadi penawar dikala suka dan duka....

Hari Raya sudah pun berlalu......
Namun bulan Syawal masih bersisa........
Jadi belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin....

em......tadi ada lepak kat blog asniza
tetiba aku tertarik dengan ayat2 yg selayaknya dijawab bila org asyik tanya soal jodoh....(gila menyibuk org yg bertanya tu.....mcm mami jarum)...
aku quote balik ayat2 power tu...
"Jawapan jika ditanya tentang PERKAHWINAN:

KENAPA LAMBAT?=Kerana Allah tahu masa yang sesuai dan terbaik untuk saya.
SUDAH DIMILIKI? =Ya, kerana setiap orang telah ditentukan jodoh masing-masing.
SIAPA?=Nanti Allah izinkan, saya akan perkenalkan kepada semua.
BILA? =Bila kami dah disatukan, insyallah jemputlah datang walimatul urus saya nanti.

hahhahaha mmg gempakla jawapan ni.....
so lpas ni sapa2 yg dok sibuk sgt dok bertanya harap2 berpuas hati dgn jawapan yg diberikan....