Wednesday, January 19, 2011

penangan TWILIGHT!!!!!!!!

Salam, hari ni even klas sampai ptg tapi aku still x tidoq lagi.....
u know why????? ni semua akibat penangan TWILIGHT............
bermula ngan twilight saga, twilight saga new moon sampailah twilight saga eclipse....

(first movie of twilight)





(second series punya...twilight saga new moon)


(and finally twilight saga eclipse)


fuh even cerita pada mulanya lembab tahap cipan hinggakan mencabar tahap kesabaran
aku..... tapi ada aksi disebaliknya....patutla jadi kegilaan ramai....

masa memula cerita ni tersimpan dlm laptop aku dah berkurun, tetiba ja tergerak hati nk tgk sbb boring teramat.....bila dah tgk yg first secara automatik aku jadi addict nk tgk yg seterusnya....(mcm org ambik dadah n rokok plak nak addict2 ni)

tapi tu la hakikat n kenyataannya......
so p klas siap buat announcement sapa yg ada twilight yg baru akhirnya aku dapat jugak......
yahoooooo (mungkin ada yg ingat aku agak ketinggalan sbb nak tgk cerita yg dah basi sebenarnya.....

but do i care??????
suka ati akulah nak tgk cerita apa pun bukan kacau org lain pun kan.....??????)
so kpada yg belum menonton silakan lah tonton.....aku x bley cerita sinopsis sbb dia akan jd full story sbb aku x reti nak pndekkan cerita ni......so tgklah sendiri.....

antara barisan pelakonnya,

robert pattison (as :edward cullen) ...ala mamat ni yg berlakon harry potter jadi watak cedric tu.....

kristen stewart (as: bella)



taylor lautner (as: jacob black) aku paling minat mamt ni sbb gigi dia putih gila......
hahahahha x da kna mngena pun ngn ke"best'an crita ni...tp dsbbkn aku obses ngan gigi yg cantik so aku minat la mamat ni..




jackson rathbone (as: jasper hale) mamat ni aku memula tgk dia blakon dlm cerita big stan.....

pelakon lain kalau nak tau tgk awal cerita @ last cerita nanti ada nama plakon... nak cerita suma mampuslah kan nk menaipnya....

(salah satu babak dlm twilight yg first ms diorg tgh main baseball tahap x ingat dunia punya terer siap terbang jauh berkilometer bola tu.....)



so.. kpada yg nak tonton this movies, do not hesitate to consult me or meet me (tiru ayat lecturer kalau nk suh consult diorg )
aku sedia untuk bg movie ni...tp pastikan pendrive @ external bebas dari bakteria @ virus yg merbahaya yg boley melingkupkan laptop aku....(coz nk repair nanti pakai duit aku gak)

ok its already 2.41 a.m so its better 4 me to sleep......b4 i wake up late 2moro..(er...2moro ker...bkn beberapa jam lg ka nk kui 6 a.m) x kisahla.....

ok gudnite...

p/s: aku nk mimpi jd vampire + wolf la = vampwolf....mcmna rupanya biaq aku ja yg tau.....(kulit putih melepak, mata kuning + merah ckit n berbulu...er cam agak scary ja.......)

k bye2...

Sunday, January 16, 2011

FAKTA TENTANG TONSILITIS......

bercakap pasal tonsil ni..jom kita baca sedikit maklumat berkenaan tonsil...layaaannnn...

Jangkitan pada kelenjar Tonsil.

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Simptom-simptom penyakit :
Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Rawatan
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang - ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.


**kata orang, makan ice cream boleh menyembuhkan tonsil inilah yg terbaik jadi pesakit tonsil ni.....hihi

sakitnya.......

cth tonsil bengkak pd sapa yg x tau tonsil bngkk tu camna....tp ni bukan aku punya la....

oh dah lama tonsil x bengkak.....
tetiba ja hari ni tonsil membengkak kmbali..........
sakitnya...Tuhan ja tau......
mood jadi x elok...........
bila ada org yg buat sakit hati lagi sakit rasanya.......
ibarat org sakit gigi pastu ada org bagi meradang mcm tu la rasanya.......

badan dah start seram sejuk......
mata dah start berair.
termasuk hidung......
so ni la perfect package bila tonsil bengkak menyerang......
kpala pun dah start rs nak mengong2 ni.....
esok nk kna p klas plak........
adui tersiksa sungguh rs......

(tu la doktor dah suh buang tp aku x mau sbb aku takut...huuhuhuhu)

takpalah anggap ujian drpd Allah........semoga Allah cepat sembuhkan kesakitan ni.....
amin......
so nasty people...be careful.....jgn bagi marah aku mledak......
pliz jauhkan diri dr aku........
b4 ada perang dingin or bom atom yg meletup.....


p/s: hari mmg ramai yg buat aku rasa cam nk hempuk hangpa semua kat batu tau dak!!!!!!!!!



Saturday, January 15, 2011

andai dia tercipta untukku....

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S
yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan.

Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu.
Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


note: aku dapat benda ni dari page syahirul.......bg aku ayat dia mmg cantik n mksud dia sama ngan apa yg aku harapkan.......very nice.....





Apa yg Allah susun untuk kita....

Kita tidak akan sekali dapat menjangka

apakah yang Al-Hakim aturkan buat kita

bijaksanaNya melampaui ilmu yang ada

lantas acuan siapakah yang lebih baik daripada milikNya

Adakala kita tidak suka

adakala kita tersangat gembira

aturanNya bukan pilihan kita

di hujungnya ada redha

dan pada redha itu ada bahagia yang tiada tandingnya

siapakah yang mendidik diri berbaik sangka

kepada Allah yang memahami diri melebihi kita

Disuruh usaha sudah berusaha

selesai sudah tanggungjawab hamba

maka mengapa tidak kita tunduk pada ketentuanNya?

Apa guna raungan bila gagal?

Apa guna riya’ bila berjaya?

Apa guna kecewa bila tidak mendapat yang dikehendaki kita?

Ini semua yang Allah susun untuk kita

Apakah kamu menyangka

kamu jurutera takdir yang lebih mengetahui segala?

Apa yang Allah susun untuk kita

sentiasa terbaik dan membawa bahagia

hatta dugaan dan tribulasi

semuanya untuk kebaikan kita hamba yang bernama manusia

siapakah yang mendalami

siapakah yang meneliti

sungguh manusia adalah hamba yang merugikan

Saturday, January 8, 2011

C.I.N.T.A????????????????? (pd Allah sahaja yg hakiki)


"bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam"





Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,

disusahkan sedikit agar insaf,

namun segera disenangkan semula.

Itulah belaianNya.

Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,

namun tidak lama kerana kasihNya.

Dipohon-pohon kepadaNya,

untuk meminta itu dan ini,

Tuhan amat melayani hambaNya,

tapi si hamba tidak peduli langsung!

Perpisahan tidak pernah bermaksud membuat kita mati …

"ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?"

em statement ni mmg tersangatla benar..........disebabkan itu aku harus yakin dengan apa jua takdir yg Allah tetapkan untuk aku..........Allah, sesungguhnya apa yg kau berikan dan tentukan tentu ada tersirat kebaikan yg aku sendiri kadang2 tidak nampak......sedarkanlah aku dan bimbingkanlah hati ku ke arah jalanMu.....
sesungguhnya aku amat sayang padamu.....walau pun kekadang aku lalai dan terlupa untuk mengikuti ajaran dan perintahMu......
maafkan aku Tuhanku......






em entahla kenapa di saat aku menyendiri dlm keadaan cuaca mendung dan diserang sakit kepala (mkn megi banyak sgt la ni) aku tetiba rasa rindu pada Tuhanku......Penciptaku.....Kekasihku....

Mungkin kah Dia detik perasaan tu krana aku lalai x ingat kat Dia......
Tuhan maafkan aku.....semoga hatiku sentiasa dalam peganganMu....amin.....

Wednesday, January 5, 2011

ui............hari yg super duper penat......

salam...

yeah today dah start dah LLB ui awai2 lagi dh scary dah.terus dapat tugasan bc balik buku tort ..
minggu depan lec nak tanya.....mampuih nak khatam balik la ni kiranya....
hari ni alhamdulillah aku dah dapat kmbali smangat yg ilang smalam......

smlm tu mmg down sungguh......
hari ni aku rasa dah ok balik sbb dah boley bergaul ngn mmber baru.....(x la baru sgt pun cuma sblm ni kurang kenal n x rapat)

so hari ni kitorang buat la perbincangan tntg nk tubuhkan firm......
aku dilantik jadi bndahari so kna la blajaq jd ceti haram...kna pgg duit takut gak aku duit ilang ka apa...pgg duit ni mmg tgggjwb bsaq.......buatnya ilang naya aku...


pastu balik awai tapi jannah ajak p beli barang2 yg diperlukan oley firm.......
em dah la duit tgh x da n pt x masuk lg so habis pokai la aku dgn mngeluarkan wang nan seciput itu...(sapa rs kesian boley la bantu support aku sblm pt masuk hihihiih)


so miskin la aku sekarang ni ada kurag dari 10 rggt dlm beg duit.....
x pa megi ada...(.mknn plg "berkhasiat" sblm dpt ptptn.....) nasib la........

dah la kalau tulis cerita hari ni esok pun x abih..........

dah la letih tahap cipan dah ni...........

nk p rilek then kalau ngantuk awai nak pngsan ngan nyenyaknya mlm ni..
bye...