Sunday, October 31, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

DR.FADILAH KAMSAH

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


Saturday, October 30, 2010

hari mkn sedunia....

salam.......berakhirlah sudah pnderitaan mnjawab juris sebentar tadi...


letih bila ingat balik nak kna ingat banyak bnda smlam....

tapi bila dah habis semua kletihan ilang....

so hbs ja exm td ti ajak p mkn....huhuhu perut pun tgh mengalunkn muzik dondang syg n keroncong...so tunggu lg ajakan tu ku sahut....


smpai ja kat kedai tetiba ja nafsu nak makan nasi mai....

so aku pun ambikla nasi, sup sayuq, ikan keli goreng berlada, udang 2 ekoq....

*nasi putih yg dh lama x sntuh*

*ikan keli goreng berlada*


*sup sayur (bagus untuk kesihatan)*


*sambal udang nyum.....nyum....*





eh lupa... pucuk ubi msk lmak cili padi...pergh mmg x ingat dunia bila nmpak mknn....sedap plak tu...

ya la bila dah sekian lama x mnyntuh nasi tetiba mkn mmg rasa lain rasa nikmat sungguh hahaha

so hari ni hari makan sedunia aku...

meraikan berakhirnya paper paling susah dia abad ni JURISPRUDENCE.....

so terpaksalah berusaha keras balik utk bakaq balik semua kalori tadi...


ha... nway balik umah kedah masa cuti nanti lagi ngeri la GODAAN................

ya godaan paling besaq akan berlaku....huhu

tapi fazwani cekalkan jiwa anda...

yakin boley Malaysia boley!!!


*insyaAllah*


*hahahha nak beli la baju ni kat mana ntah ada jual*

......SEBELUM TIDUR..........

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

" Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.

2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.

4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...


" Bertanya Aisyah :

" Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."
"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat "
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi kamu."
"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."






GOOD NIGHT HAVE A NICE DREAMa....

Wednesday, October 27, 2010

ABAH!!!!!!!!!!!!!!!




Abah baliklah cepat.......

adik tensen ni i really need u now......

x tau nak luah kat sapa dah.....

kat abh ja boley.......

abah balikla......

adik serabut......

satu-satunya org yg ada dalam otak adik la ni abah....

nobody can soothe me....only you......

nak col mak ngan kak tapi serious x kn mmbantu.....

cepatlah balik............dah x larat nk nangis dah.......

actually i really miss u....rasa cm abah p lama sangat.......






...think...





Hanya diperlukan

waktu seminit untuk menaksir seseorang,

sejam untuk menyukai seseorang,

dan sehari untuk mencintai seseorang,

tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.


....SINAR AYAT KURSI.....



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu aitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tuesday, October 26, 2010

.........TANPA DENDAM DIHATI.....

Siti Nurhaliza - Tanpa Dendam Di hati


Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Chorus
Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

(suka gila lagu ni sbb lirik dia...huhuu baik, katalah apa saja akanku cuba untuk bg tiada dendam dihati....hihihii...)



.....TIDAK SALAH ANDAINYA BERSIKAP SEDIKIT MEMILIH.......(pd pndapat aku la)



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




p/s: selalu org akan cakap.." alah memilihnya wani ni...ingat, kita tu x elok mana pun so jgn pilih sangat nanti x laku..."

so what!!! sbb aku tau aku ni serba kekurangan la aku kna memilih sikit org yg dapat bimbing aku bukan melingkupkan aku lagi...

bak kata dr tuah..biar lambat mendapat jodoh krana bersikap memilih dari cepatnya jodoh tp tersalah pilih...

takkan nak men tangkap muat ja..terima ja sapa pun even perangai cam hantu sbb takut org kata kita x da pakwe n x laku....peduli hapa aku bukan mati pun x da pakwe...bodoh la sapa buat persepsi cam tu...better p jauh jgn sebut bnda tu kat aku kalau x mau kna penampaq..


OKAY!!


SO RENUNG2KAN N SEMOGA ALLAH MENEMUKAN AKU DENGAN KAUM ADAM YANG BAIK AMIN........




....BILA HILANGNYA SIFAT INI......




Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.


p/s: Ambillah contoh pohon semalu seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah SAW berkata kepada puterinya Saidatina Fatimah AZ Zahra r.a. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah RabbulAlamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Monday, October 25, 2010

SERONOK RASA CAM NAK TERBANG!!!!!!!!!!

hari ni aku kna jawab first paper untuk semester akhir ni paper int law...

boley la jawab cuma masa mencemburui sangat...so tulisan macm cakar ayam la...

agak tensen sikit la..

then tadi balik ngan farahzidah...pastu sampai ja kat bawah umah tergerak hatti nak buka peti surat (sbnarnya mmg dh jadi kebiasaan pun)

bila buka ja peti surat nampak gelap ja....

rupanya ada org antaq something yg guna pos laju...penuh la peti surat tu

aku pun cpat2 ambik....

repair2 balik sebb dia dilipat dua...

masa tu kalau aku x pike ada org kat situ mmg aku lompat dah...sebab aku seronok rasa cam nak terbang...!!!!!!

rupanya member selukisan kat facebook hantaq potret..

ya Allah bila tgk lukisan ori dia x terucap aku...sangat cantik n smooth

aku kagum ngan bakat yg ada kat dia... meh sini aku nak tunjuk lukisan tu...

kalau sapa tgk mesti kata cantik..n bayangkan la perasan aku bila dapat yg ori...

*ni lah lukisan tu....jesadaporn pholdee*


mmg terus x lalu makan padahal dari pagi tadi aku x makn....

sbb terlampau suka n seronok....

so aku just mampu ucap terima kasih ja la kat

AZRIN b. ABDULLAH

thanks sgt kat dia banyak bg tunjuk ajar n bimbingan n x lokek ilmu..

bukan sng dapat mmber yg x pnah jumpa..tapi sggup hantar lukisan tu dari sabah..

coz dia mngajaq kat sana

terima kasih kerana berjaya ilangkan tensen aku ngan hntar lukisan yg bila aku lukis lukisan yg sama jadi macam iblis....hahhahaa

aku nak framekan lukisan tu...serious

emmm.......hari yg ceria...n aku masih tersenyum....

hihhiihihiihi